Sunday, 21 February 2016

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulan ataupun konklusi yang kami dapat melalui kajian kami mengenai fenomena alam ini ialah setiap fenomena yang telah berlaku atau bakal berlaku sebenarnya sudah dicatat atau diceritakan didalam risalah al quran. Maka benarlah bahawa sesungguhnya al quran itu adalah risalah yang benar kerana setiap perkara yang berlaku dimuka bumi ini telah diceritakan didalam al quran dan ia tidak dapat dinafikan oleh saintis barat sendiri. Maka kita sendiri sebagai umat islam seharusnya percaya dan yakin bahawa risalah al quran ini adalah benar ianya turun dari allah s.w.t dan ia tidak dibuat oleh manusia kerana sifat al quran itu sendiri begitu menyeluruh.hendaklah kita menjadikan alquran itu sebagai pentunjuk kita dalam mencari redha allah s.w.t in sha allah moga kita mendapat berkat dan syafaatnya pada akhirat kelak.janganlah kita menafikan kesucian al quran itu sendiri kerana sanitis barat yang mengkaji perkara-perkara seperti fenomena alam itu sendiripun tidak dapat mencari jawapan sebaik jawapan yang tercatat di dalam al quran bahkan  hampir separuh dari saintis barat yang mengkaji fenomena alam ini apabila mereka bandingkan fakta mereka dengan al quran jelas ternyata yang alquran mempunya fakta yang lebih tepat dari mereka maka mereka terus mempercayai bahawa islam itu benar dan mereka memeluk islam.

Benarlah  ayat yang tercatat di dalam al quran ini:

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53).

No comments:

Post a Comment